Sabtu, 22 November 2008

19 HADIST RASULULLAH MENGENAI WANITA

SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifatpenyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepadaRasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebihpenyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akansia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkanbaginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allahs.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allahs.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daridosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiapsatu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnyaseumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. danorang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atastubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumahlalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah diamemerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, makaAllah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripadasuaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia daripintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelakiyang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakahyang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w.,"Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullahs.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfarbaginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyangdan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuppintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah darimana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudaraperempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu diabersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik merekadengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatudaripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, makamereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

MY fRIEND'S

www.quranexplorer.com

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations